Kerja Kursus Pendidikan Kesenian PT3 2016

Pihak lembaga peperiksaan telah mengeluarkan kerta peperiksaan/soalan kerja kursus Pendidikan Kesenian PT3 tahun 2016. Ini meliputi bidang bidang tari, bidangmuzik, bidang visual dan bidang teater.

Tugasan Bidang tari PT3 2016

TUGASAN INDIVIDU
1. Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan koreografi sendiri tentang satu daripada jenis tarian Malaysia berikut:
(a) Zapin
(b) Melayu Asli
(c) India
(d) Sumazau
2. Anda dikehendaki mempersembahkan tarian hasil koreografi anda berdasarkan kajian di atas.
3. Anda dikehendaki memberi ulasan dan rumusan secara bertulis terhadap persembahan tiga orang rakan anda.

Perkara yang dinilai:
  1. Kandungan laporan kajian 
  2.  Kreativiti dalam koreografi 
  3.  Kemahiran amali dalam persembahan tarian 
  4. Ulasan dan rumusan persembahan rakan anda 
  5. Penghayatan nilai

Tugasan Bidang Muzik PT3 2016

TUGASAN INDIVIDU

1. Anda dikehendaki memilih sebuah skor lagu bertemakan Lagu Rakyat. Berpandukan skor lagu yang dipilih anda dikehendaki: 
(a) membuat kajian skor 
(b) menghasilkan melodi ciptaan sendiri tidak kurang daripada lapan bar berdasarkan kajian yang telah dibuat.
2. Anda dikehendaki menerangkan secara ringkas dan membuat persembahan nyanyian atau permainan alat muzik:
 (a) hasil ciptaan 1(b) di atas
 (b) sebuah lagu pilihan
3. Anda dikehendaki memberi ulasan dan rumusan secara bertulis terhadap persembahan tiga orang rakan anda.
Perkara yang dinilai:
  1. Kandungan laporan kajian 
  2.  Kreativiti dalam lagu ciptaan 
  3.  Kemahiran amali dalam nyanyian atau permainan alat muzik 
  4. Ulasan dan rumusan persembahan rakan anda 
  5.  Penghayatan nilai

Tugasan Bidang Teater PT3 2016

TUGASAN INDIVIDU
1. Anda dikehendaki menghasilkan naskhah lakon satu adegan yang bertemakan Impian dan Cita-cita berdasarkan kajian terhadap naskhah lakon, novel atau cerpen yang telah diterbitkan.
2. Anda dikehendaki menerangkan secara ringkas hasil kajian naskhah lakon di atas dan lakonkan:
(a) naskhah lakon anda
     Atau
(b) naskhah lakon rakan anda
3. Anda dikehendaki memberi ulasan dan rumusan secara bertulis terhadap persembahan lakonan tiga rakan anda.
Perkara yang dinilai:
  1.  Kandungan laporan kajian
  2.  Kreativiti dalam penulisan naskhah lakon 
  3. Kemahiran amali dalam persembahan lakonan
  4.  Ulasan dan rumusan persembahan rakan anda 
  5. Penghayatan nilai

Tugasan Bidang Seni Visual PT3 2016

seni visual pt3 2016


2. Anda dikehendaki membentangkan proses penghasilan karya anda berdasarkan kajian di atas.
3. Anda dikehendaki memberi ulasan dan rumusan secara bertulis terhadap hasil karya tiga orang rakan anda.
Perkara yang dinilai:
1. Kandungan laporan kajian 2. Kreativiti dalam hasil karya 3. Kemahiran amali dalam penghasilan karya 4. Ulasan dan rumusan hasil karya rakan anda 5. Penghayatan nilai


Tempoh Kerja Kursus PT3 untuk Disiapkan


Bulan Februari - Julai


Jika anda ingin memuat turun kerta soalan peperiksaan PT3 Kesenian 2016 ini, anda bolehlah klik link ini.

0 comment... add one now