Beikut merupakan contoh dan bagaimana anda menulis ulasan PT3 bahasa melayu dengan baik.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulisulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan
Contoh jawapan:
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demimenjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebatidalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amatmudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakatdi negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadilumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untukbersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.
(100 patah perkataan)