Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah Kerja Kursus Sejarah PT3 2016
Kesimpulannya, bangunan ataupun binaan sejarah amat penting bukan sahaja untuk generasi masa kini, bahkan generasi hadapan. Hal ini kerana, bangunan bersejarah menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Melihat binaan yang tersergam ini, boleh membantu untuk mengingatkan kita akan sejarah dan cerita di sebalik bangunan tersebut. Seringkali kita mendengar "sesiap yang melupai sejarah, akan mengulanginya kembali" . Daripada pepatah ini, kita boleh simpulkan bahawa salah satu cara untuk terus mengingati sejarah adalah dengan melihat sendiri di depan mata tinggalan bangunan bersejarah ini. Kempen dan usaha memelihara bangunan bersejarah ini juga adalah menjadi tanggujawab setiap lapisan masyarakat. Kita bertanggungjawab untuk terus menjaganya.
====================================
p/s: berkemungkinan besar pelajar yang sama akan menjadikan rumusan ini sebagai rujukan mereka. Oleh yang demikian, anda boleh terus mengambil contoh rumusan ini dan mengubahnya dan mengolah dengan ayat sendiri bagi mengelakkan isu plagiat.