Semakan Daftar Pemilih SPR Online

Rakyat Malaysia berumur 21 tahun adalah diwajibkan untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini untuk membolehkan anda mengundi pada pilihan raya umum yang diadakan 5 tahun sekali. Kali ini kami berkongsi dengan anda cara untuk membuat semakan daftar pemilih secara online.

Untuk mendaftar sebagai pengundi, anda hendaklah mendaftar di pejabat pos berdekatan anda. Cuma bawa sahaja Kad pengenalan. Setakat ini tiada pendaftaran boleh dilakukan secara online

semakan daftar pemilih online

Cara Semakan Daftar Pemilih Online

Berikut adalah cara membuat semakan:

  1. Layari laman web : http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/
  2. anda akan dibawa kepada paparan di mana ada boleh memasukkan no kad pengenalan sehingga 3.
  3. Anda boleh memilih untuk menyemak satu pemilih sahaja atau lebih dari satu.Ataupun memnambah bilangan IC yang ingin disemak dengan klik butang  tambah ic.
  4. Masukkan kod keselamatan.
  5. Maklumat yang dipaparkan oleh sistem SPR ini adalah nama pengundu, tempat tinggal pengundi,  undian Parlimen, DUN, dan tempat mengundi anda.
  6. Ingat maklumat ini untuk tujuan pengundian anda di masa akan datang.

Selamat mengundi. Jangan lupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi. Selamat membuat semakan daftar pemilih online.

0 comment... add one now