Koleksi Ucapan Hari Raya Aidiladha Korban

Hari raya Aidiladha juga disebut sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Walaupun tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, hari raya aidiladha juga turut disambut oleh umat islam. Berikut kami kongsikan beberapa koleksi ucapan hari raya aidil adha.

Anda boleh hantarkan ucapan ini kepada rakan-rakan sahabat andai dan kaum keluarga anda.
KOLEKSI UCAPAN HARI RAYA AIDILADHA

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidiladha

UCAPAN 1

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ
.
Diharapkan dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar, Aidil Adha tahun 2016M/1437H ini meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

UCAPAN 2

 "Bila ayam dah tak selera makan,kambing pula resah,lembu pura2 buat gila,unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN"

UCAPAN 3

 "Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHaSELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR."

UCAPAN 4

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan

UCAPAN 5

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Semoga dengan koleksi ucapan hari raya aidiladha ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah anda sesama insan keluarga dan sahabat handai.

0 comment... add one now