Permohonan MTD 2017 Maktab Tentera Diraja Online

Para pelajara lepasan PT3 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2017 bagi tingkatan 4. Permohonan MTD 2017 boleh dibuat secara online atas talian. Permohonan kali ini adalah ambilan tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja sesi persekolahan 2017.

Permohonan ini hanya untuk pelajar lelaki yang sekarang berada di tingkatan tiga pada tahun 2016.
permohonan mtd 2017 online

Permohonan MTD 2017 Online

Berikut adalah butir-butir permohonan Matab Tentera Diraja MTD Online 2017.


Tarikh Buka: 5 Ogos 2016
Tarikh tutup: 30 November 2016
Link Permohonan: MOHON SINI


Syarat Permohonan MTD 2017 Online

Berikut pula adalah syarat permohonan Maktab tentera Darat 2017 online.
  • Lelaki tingkatan tiga pada tahun 2016.
  • Tinggi minimum 152CM, berat 40.5KG
  • BMI 18-27
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas) 
Selepas permohonan dibuat, calon cuma perlu menunggu sahaja sehingga dimaklumkan melalui SMS atau panggilan bahawa calon berjaya diterima masuk.

Jika anda ada rakan yang ingin memasuki MTD, bolehlah kongsikan kepada mereka artikel Permohonan MTD 2017 ini kepada mereka.

0 comment... add one now