Kemasukan Markah Kokurikulum 2017 Online

Markah kokurikulum merupakan markah yang perlu diisi oleh guru kokurikulum. Markah koko ini adalah berdasarkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kemasukan markah kokurikulum 2017 online kini mula dibuka.

Kemasukan markah kokurikulum ini adalah sebanyak 10%. Guru yang mengisi markah kokurikulum ini boleh melakukannya dengan 2 cara iaitu dengan cara manual ataupun cara upload.
mengisi kemasukan marakah kokurikulum 2017

Cara kemasukan Markah Kokurikulum 2017 online

Berikut adalah cara memasukkan markah koko 2017.
  1. Layari laman web: MARKAH KOKO
  2. Login iD dan kata laluan anda
  3. Klik login
Jika anda terlupa kata laluan, bolehlah ke sini untuk mendapatkan semula kata laluan yang terlupa. Sekiranya masih juga tidak berjaya mendapatkan kata laluan yang terlupa, bolehlah menghantar email ke kpm.emkoko@moe.gov.my 

Sila hubungi talian berikut atau e-melkan ke alamat dibawah.
Masalah berkaitan penjumlahan markah sila hubungi En. Mohd Rashid Bin Mean TEL: 03 88721613
Masalah berkaitan aplikasi dalam talian sila e-melkan kepada kpm.emkoko@moe.gov.my.

Sukacita diingatkan kepada pengguna untuk menggunakan saluran e-mel sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung Id Pengguna dan Kata Laluan. E-mel hendaklah mengandungi maklumat berikut:
1. Kod Sekolah
2. Nama Sekolah

Selamat membuat kemasukan markah kokurikulum online 2017.


0 comment... add one now