Bahaya Kerap Makan Ubat Panadol





 


 Bahaya kepada seseorang yang kerap makan ubat panadol  kerana boleh menyebabkan penyakit buah pinggang jika pemakanan tidak terkawal.
Tak kira lah apa jenis Panadol seperti active fast ke? Panadol 650 ke? semuanya sama saja. Untuk pengetahuan umum setiap panadol Ada campuran bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan.

 JIka terasa pening kepala atau batuk lebih baik gunakan cara yang biasa orang buat seperti minum madu dan air kelapa sebab tiada bahan kimia yang terkandung.

 Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia boleh merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang Pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

 Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


  


 Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


 Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

0 comment... add one now