6 Jenis Wanita Jangan Dikahwini Pesan Rasulullah






 Pesanan Rasulullah S.A.W untuk kaum lelaki : Jangan engkau kahwini wanita yang mempunyai psikap 6, jangan yang ananah, mananah dan yang hananah serta jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah. \





1. Wanita Ananah : 

 Wanita annah ialah wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk sesuatu perkara tidak pandai berpuas hati.


2. Wanita Mananh :

 Wanita mananah yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini berkerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3. Wanita Hananah :

  Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini beranggan-anggan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
 Dalam kata lainwanita sebegini tidak pandai bersyukur dengan jodohnya. Wanita ini juga mengufuri nikmat perkahwinan.


4.Wanita Hadaqah :

 Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keingginannya untuk memiliki barang yang diingikan dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya sendiri.


5. Wanita Basaqah :

 Wanita Basaqah ialah wanita yang suka bersolek dan menhiaskan diri. Dia menghiaskan diri bukan untuk suaminya tapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wanita Basaqah juga ialah wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya


6. Wanita Syadaqah :

 Wanita yang banyak cakap tidak menentu dan bising. Ini boleh Menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan tahu mengomen saja.

0 comment... add one now