Live Streaming JDT vs Kedah Final Piala Malaysia 4.11.2017

Live Streaming JDT vs Kedah Final Piala Malaysia 4.11.2017. Nampaknya seperti bertemu buku dan ruas apabila pasukan Harimau Selatan Johor Darul Takzim bertemu dengan pasukan Lang Merah, Kedah Darul Aman. Perlawanan ini merupakan perlawanan akhir bagi saingan Piala Malaysia pada musim 2017 kali ini. Pasukan manakah yang akan berjaya menjulang Piala Malaysia? Adakah Kedah ataupun Johor Darul Takzim?

 Mengimbas kembali JDT berjaya mara ke peringkat akhir Piala Malaysia apabila berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan agregat jumlah poin 4-1. Manakala Kedah berjaya menembusi perlawanan akhir Piala Malaysia dengan memenangi perlawanan menentang Felda United dengan agregat 3-1.

 Manakala, melihat kembali pula sejarah pertemuan Johor Darul Takzim JDT dan Kedah pada musim ini, dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak dua kali. Perlawanan pertama dimenangi Kedah dengan jaringan 5-4 (penalti) setelah perlawanan seri dengan jaringan (1-1) pada Piala Sumbangsih pada awal tahun tempoh hari.

 Manakala perlawanan kedua pula, kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan seri tanpa jaringan. Rasa-rasanya ini merupakan perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak di negara ini. Dijangkankan, kedua-dua pasukan akan mempamerkan perlawanan yang cantik dan sengit.
live streaming jdt vs kedah 4.11.2017

Live Streaming JDT vs Kedah Final Piala Malaysia 4.11.2017

Berikut adalah butir-butir perlawanan final JDT vs Kedah pada 4 November 2017 ini.

  •  Pasukan bertanding: JDT vs Kedah 
  •  Tarikh: 4 November 2017 (sabtu) 
  •  Masa: 9:00 malam 
  •  Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor 

 Anda mencari live streaming perlawanan JDT vs Kedah Piala Malaysia akhir? Anda berada di tempat yang betul.
 Kami akan menyediakan kepada anda live streaming ataupun pautan siaran langsung bagi anda menonton perlawanan ini terus dari telefon pintar anda ataupun dari komputer anda. Bagi pengetahuan anda semua, perlawanan kali ini akan diiarkan terus secara langsung di Media Prima TV3.

Siaran bermula seawal pukul 8:30 malam. Ianya merupakan rancangan bual bicara sedikit sebelum perlawanan sepak mula. Berikut adalah link siaran langsung live streaming Kedah vs JDT Final Piala Malaysia 2017. Facebook (kami akan sediakan link live streaming di sini)

Keputusan JDT vs Kedah Final Piala Malaysia 2017

Anda boleh melihat keputusan penuh final piala Malaysia 2017 di sini.==> Keputusan

0 comment... add one now