Portal mengenai PT3 yang meliputi jadual peperiksaan, Kerja kursus PT3, tips PT3, nota-nota subjek PT3 serta info lain berkenaan PT3.

Breaking

Tuesday, 23 February 2016

Ulasan PT3 Contoh Soalan dan Jawapan Terbaik

Karangan ulasan merupakan karangan yang memerlukan pelajar untuk mengulas sesuatu instrumen yang diberikan sebagai contoh gambar rajah. Pelajar perlu mengulas mengikut patah perktaan yang dibrikan iaitu 80-100 patah perkataan.Dihujung karangan ulasan, nyatakan berapa patah perkataan yang anda tulis.

Beikut merupakan contoh dan bagaimana anda menulis ulasan PT3 bahasa melayu dengan baik.


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulisulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan

ulasan pt3 cara
ulasan pt3 terbaik

Contoh jawapan:

             Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demimenjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebatidalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amatmudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakatdi negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah.  Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadilumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untukbersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.
                                                                                                                              (100 patah perkataan)

17 comments:

  1. Wah, siap ada contoh dan ulasan jawapan sekali...bagus untuk pelajar yang akan menduduki PT3 tahun ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk pengetahuan ni!!

    ReplyDelete
  3. salam..saya ingin minta pendapat..saya guru tuisyen..anak2 murid sy beritahu yg mereka diajar di sekolah untuk mulakan ulasan dengan "gambar di atas ......". boleh komen sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sahaja tapi mungkin markah hanya sekadar baik (19-12m). Untuk dapat markah cemerlang (13-15), ada beberapa item perlu dititikberatkan semasa menulis ulasan ini..
      Yang paling penting, mesti ada minima 1 isi tersurat dan juga minima 1 isi tersirat. Seeloknya tulis semua isi tersurat yang diberikan.tapi ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Ada pelajar suka menulis panjang (melebihi 100pp).. yang ini, boleh ajarkan teknik diatas ni.
      Kaedah atau strategi menjawab bergantung kepada calon itu sendiri. Hanya guru yang mengjaar pelajar itu mampu analisis kekuatan dan kelemahan pelajar itu sendiri.
      Mungkin strategi yang diberi sesuai untuk calon A tetapi kurang sesuai untuk calon lain.
      Macam saya, saya tidak mengajar pelajar membuat pendahuluan dan penutup disebabkan tiada markah ditolak jika tidak membuatnya. Saya hanya fokus kepada ulasan yang baik dan matang dan ditambah dengan penggunaan penanda wacana serta peribahasa.
      Terpulang kepada gerak kerja masing-masing.

      Delete
  4. tentang ulasan ini kita mesti nak focus apa?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Adakah kita digalakkan untuk menulis lebih daripada 100 perkataan bagi karangan bahagian C ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. jika melebihi 100 patah perkataan bakal ditolak markah.

      Delete
  7. Terima kasih....perkongsian ilmu yang berkesan.

    ReplyDelete
  8. macam mana kita nak tahu isi tersirat, maksud saya sama ada dari segi kesan, sebab,contoh atau lain-lain.saya harap saya dapat jawapannya......

    ReplyDelete
  9. thank you for sharing your knowledge

    ReplyDelete