Portal mengenai PT3 yang meliputi jadual peperiksaan, Kerja kursus PT3, tips PT3, nota-nota subjek PT3 serta info lain berkenaan PT3.

Breaking

Wednesday, 7 November 2018

Saps Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Saps ibu bapa merupakan satu sistem aplikasi online. Saps ibu bapa diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak. Selain itu ianya juga digunakan oleh guru untuk key in data peperiksaan pelajar.

SAPS ibu bapa cuma boleh menyemak keputuan peperiksaan sekolah rendah tahun 1 hingga 6 dan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Ia tidak memaparkan keputusan peperiksaan besar seperti UPSR,PT3, dan SPM.

SAPS Ibu Bapa membolehkan ibu bapa mengetahui markah peperiksaan anak-anak. Serta dapat mengetahui kedudukan anak-anak di dalam kelas.
saps semakan ibu bapa

SAPS Semakan Ibu bapa

Saps ibu bapa boleh diakses melalui pautan berikut: SAPS

Cara membuat semakan keputusan peperiksaan adalah seperti berikut:


  1. Layari laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Kemudian masukkan no sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar yang ingin disemak.
  3. Pilih samada sekolah rendah aaupun menengah.
  4. Pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak
  5. Masukkan kod pengesahan sebagai langkah keselamatan.
  6. Klik Semak.
  7. Keputusan peperiksaan pelajar akan dipaparkan.
Bagi guru yang ingin membuat key-in markah peperiksaan para murid, boleh akses pautan berikut: 


Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar. Semoga sistem SAPS NKRA , Semakan ibu bapa ini dapat membantu semua pihak.

No comments:

Post a Comment