Portal mengenai PT3 yang meliputi jadual peperiksaan, Kerja kursus PT3, tips PT3, nota-nota subjek PT3 serta info lain berkenaan PT3.

Breaking

Wednesday, 4 July 2018

Tajuk Tugasan Kerja Kursus PT3 Geografi 2018

 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun memberikan tajuk bagi kerja kursus Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kerja kursus ini akan dilaksanakan selama kurang sebulan. Iaitu bermula pada 8-27 Julai 2018. Para pelajar dikehendaki untuk menyempurknakan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Kami di sini ada menyediakan panduan untuk anda menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Pada kali ini kami berkongsi dengan ringkas berkenaan tajuk kerja kursus Geografi PT3 2018.

Tajuk Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Tajuk tugasan kerja kursus PT3 2018 Geografi adalah; Tajuk:
Anda dikehendaki untuk melakukan kajian mengenai guna tanah di kawasan kajian anda samaada di tempat tinggal anda taupun di sekolah anda. Guna tanah adalah merujuk kepada aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.

Komponen Perlu ada dalam Kajian Geografi PT3 2018

Berikut adalah perkara-perkara ataupun topik yang perlu ada di dalam kajian geografi anda;
  • latar belakang kawasan kajian
  • melukis peta yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian anda
  • mentafsir peta yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
  • Mengenalpasti satu jenis guna tanah yang utama di kawasan kajian dan huraikan faktor berlakunya kegiatan guna tanah berkenaan.
  • mengenalpasti kesan daripada kegiatan guna tanah tersebut.
  • Mencadangkan usaha yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan kegiatan guna tanah tersrbut.
  • Membentangkan hasil daripada kajian anda.
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda untuk melakukan dan menyaipak kerja kursus Geografi PT3 2018 ini. Kemaskini akan kami lakukan untuk topik lain seperti contoh jawapan dan panduan menulis jawapan.

No comments:

Post a Comment