Portal mengenai PT3 yang meliputi jadual peperiksaan, Kerja kursus PT3, tips PT3, nota-nota subjek PT3 serta info lain berkenaan PT3.

Breaking

Saturday, 28 July 2018

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2019

Pada setiap tahun, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan mengambil tentera muda baharu. Permohonan dibuka setiap tahun dan pusat pemilihan dibuka di beberapa tempat seluruh negara. Di sini kami kongsikan borang permohonan TUDM, syarat permohonan , dan juga cara untuk membuat permohonan perajurit Muda TUDM secara online untuk tahun 2019.

Syarat Permohonan Perajurit Muda TUDM 2019 

1. SPM: Lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian di dalam Bahasa Inggeris dan Matematik

2. SKM: Sijil Kemahiran Malaysia berada pada tahap 2 ataupun tahap 3 bagi kursus tertentu. Kelulusan SPM pula diperlukan sama seperti di atas.

3. Tugas khusus: Diploma dalam bidang kejuruteraan seperti jadual di bawah ini:

diploma tudm dalam perajurit 2019

Syarat Terperinci  Perajurit Muda TUDM 2019

Bagi syarat terperinci pula, ianya terbahagi kepada;
  • Umur
  • Tahap kesihatan
  • Tahap penglihatan
  • Tahap pendengaran
  • Fizikal
  • Kecergasan jasmani
1. . Umur. Calon yang ingin memohon perlulah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan juga umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 1 Januari 2019.

2. Tahap Kesihatan. Tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota badan, tidak pernah ada kecerderaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh masa 2 tahun dari permohonan dibuat, bukan penghidap penyakit Asma/Lelah atau penyakit lain yang dianggap sebagai kronik.

3. Tahap Penglihatan. Penglihatan calon hendaklah terang dan jelas dan tidak mengunakan kaca mata atau kanta lekap/sentuh dan haruslah mampu membuat pengecaman warna yang sempurna. (tidak rabun/buta warna)

4. Tahap Pendengaran. Kebolehan mendengar yang tidak rosak dan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran.

5. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal yang dikehendaki seperti berikut:
a. Berat Badan Minimum bagi Lelaki – 47.5 kg
b. Ketinggian Minimum bagi Lelaki – 1.62 m
c. Indeks Jisim Badan (BMI) haruslah berada diantara 18 hingga 25. Cara pengiraan adalah seperti berikut:
BMI = _____Berat (kg)_____
Tinggi (m) x Tinggi (m)
d. Ukuran Dada Minimum bagi Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).

6. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang boleh dianggap memuaskan (tinggi).

Cara Membuat Permohonan Perajurit Muda TUDM 2019

Pemohonan dikehendaki mencetak dan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara online.


Isi borang dengan lengkap. Kemudian kepilkan bersama dokumen yang BERKAITAN berikut:

  • Mykad
  • Sijil Lahir Terkini
  • Sijil Diploma
  • SKM 
  • Sijil SPM.

Tarikh dan Lokasi Pemilihan Perajurit TUDM 2019

Pendaftara dibuka pada puul 8 pagi hingga 9 pagi.Perlu diingatkan, hadir sebelum pukul 8 pagi pada tempat yan tertera dalam jadual di bawah ini:

Pakaian: Berpakaian sukan dan membawa alat tulis.

tarikh dan tempat pemilihan

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemohon. Semoga anda terpilih untuk menjadi salah seorang anggota TUDM sebagai perajurit muda untuk pengambila januari 2019.

No comments:

Post a Comment