Portal mengenai PT3 yang meliputi jadual peperiksaan, Kerja kursus PT3, tips PT3, nota-nota subjek PT3 serta info lain berkenaan PT3.

Breaking

Wednesday, 7 November 2018

Kemaskini BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup (MyBSHR)

Bajet 2019 telahpun diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November yang lalu. Antara berita yang ditunggu- tunggu oleh semua orang adalah berkenaan pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Kerajaan telah memutuskan untuk memberi peruntukan kepada rakyat berupa wang ringgit sebanyak jumlah 5 bilion.

Jumlah Pemberian BSH 2019

4 kategori yang layak mendapat BSH pada tahun 2019.
  1. Isi rumah pendapatan RM 2000 dan kebawah - RM1000
  2. Isi rumah pendapatan RM2001 hingga RM3000 - RM750
  3. Isi rumah pendapatan RM3001 hingga RM4000 - RM500
  4. isi rumah pendapatan bawah RM2000 dan mempunyai anak umur 18 tahun kebawah. Mendapat tambahan RM120 setiap seorang anak (terhad kepada 4 orang anak, OKU tidak termasuk)

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019

Sebelum permohonan anda lulus, anda perlu membuat kemaskini permohonan BSH 2019.
Cara membuat kemaskini BSHR 2019 adalah dengan cara berikut

Layari MyBSH


Masukkan no kad pengenalan dan log masuk. Anda akan disoal beberapa soalan mengenai maklumat profil anda.

Setelah berjaya masuk, klik kemaskini dan mulalah mengisi maklumat terkini anda pada ruangan yang disediakan.

Semoga permohonan anda diterima untuk mendapat Bantuan Sara Hidup 2019. Jangan lupa untuk semak keputusan status permohonan anda dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment